Selamat Bertemu di Ruang Katarsis - Sumber Maklumat Bahasa Melayu dan Penulisan Kreatif

ILMU BUKAN TEMPAT BERGANTUNG, BERGANTUNGLAH KEPADA PEMBERI ILMU.

Wednesday 27 November 2013

SEBUAH SAJAK UNTUK PNGETUA YANG AKAN BERSARA PADA 28.11.2013.
SAJAK INI TELAH DIDEKLAMASIKAN DI MAJLIS JASAMU DIKENANG PADA 29 OKTOBER YANG LALU.




TERUS MELANGKAH……..UMI

Lewat tahun dilamar noktah kerjaya
Pintu khidmat itu pun tertutup
Berdentum bunyinya
Teras kukuh di bangunan bertingkat tempatmu
kian menjauh pergi

Namun
Di bawah awan kesedaran
Di bawah pohon keikhlasan
Kau masih teguh menggenggam agenda
Kau masih sedia menggerak aspirasi
Dengan caramu……membina kualiti tak minta dipuji

Kerana tugas kita tak pernah selesai
Etika profesion tiada kata pengakhiran
Seiring transformasi melangkah era teknologi
Bibit bibit itu mesti disuntik resa kreativiti
Agar inovasi tercipta  melanglang serata buana

Lalu
Mengisi sunyi di pagi nyaman mu, di petang meremang
Kaudekatilah  benih-benih yang bertebaran
sambil utuh menggalas cangkul pengalaman  berseni  bicara
Di batas-batas ruang  rekreasi
Kau taburilah  benih-benih itu dengan  tanih  pengetahuan
Kau gemburlah  dengan tingkat kefahaman
Kau sirami  iktiqad keyakinan

Lalu benih-benih itu akan bercambah
Kau adun lagi dengan baja-baja fikiran
Yang mencanai minda berlapik dua bahasa
Kejayaan takkan datang melayang di pundak
Terbilang itu hitungan kesabaran
Pada senja menutup tiraimu
Kan tercipta  pohon-pohon yang berbeza warna
Kukuh  akarnya  subur dahannya merendang  sejahtera
Lebat buahnya untuk dinikmati bersama
Segar bugar di sekitar halaman
Dan melata hingga ke seantero mandala
Sedia melangkah ke era baru

Senjamu semakin labuh
Kaukan  tersenyum bahagia tak bias terhitung nilainya
Pohon-pohon teguh berbuah ranum
Pewaris khidmat  
Penyambung matlamat di khalayak sejagat

Umi………
Dan nantinya
Jika kau pergi
Pasti kaukan  melihat
Rimbunan pepohon ganjaran menantimu
Menaungi kebahagiaan abadi….


Karya          :  CHE JAMILAH A.RAHMAN
               SMKA Sheikh Abdul Malek K.T
             2 Oktober 2013