SEBUAH SAJAK UNTUK PNGETUA YANG AKAN BERSARA PADA 28.11.2013.
SAJAK INI TELAH DIDEKLAMASIKAN DI MAJLIS JASAMU DIKENANG PADA 29 OKTOBER YANG LALU.
SAJAK INI TELAH DIDEKLAMASIKAN DI MAJLIS JASAMU DIKENANG PADA 29 OKTOBER YANG LALU.
TERUS MELANGKAH……..UMI
Lewat tahun dilamar noktah
kerjaya
Pintu khidmat itu pun
tertutup
Berdentum bunyinya
Teras kukuh di bangunan
bertingkat tempatmu
kian menjauh pergi
Namun
Di bawah awan kesedaran
Di bawah pohon keikhlasan
Kau masih teguh menggenggam
agenda
Kau masih sedia menggerak
aspirasi
Dengan caramu……membina
kualiti tak minta dipuji
Kerana tugas kita tak pernah
selesai
Etika profesion tiada kata
pengakhiran
Seiring transformasi
melangkah era teknologi
Bibit bibit itu mesti
disuntik resa kreativiti
Agar inovasi tercipta melanglang serata buana
Lalu
Mengisi sunyi di pagi nyaman
mu, di petang meremang
Kaudekatilah benih-benih yang bertebaran
sambil utuh menggalas cangkul
pengalaman berseni bicara
Di batas-batas ruang rekreasi
Kau taburilah benih-benih itu dengan tanih
pengetahuan
Kau gemburlah dengan tingkat kefahaman
Kau sirami iktiqad keyakinan
Lalu benih-benih itu akan
bercambah
Kau adun lagi dengan
baja-baja fikiran
Yang mencanai minda berlapik
dua bahasa
Kejayaan takkan datang
melayang di pundak
Terbilang itu hitungan
kesabaran
Pada senja menutup tiraimu
Kan tercipta pohon-pohon yang berbeza warna
Kukuh akarnya
subur dahannya merendang sejahtera
Lebat buahnya untuk dinikmati
bersama
Segar bugar di sekitar halaman
Dan melata hingga ke seantero
mandala
Sedia melangkah ke era baru
Senjamu semakin labuh
Kaukan tersenyum bahagia tak bias terhitung nilainya
Pohon-pohon teguh berbuah ranum
Pewaris khidmat
Penyambung matlamat di
khalayak sejagat
Umi………
Dan nantinya
Jika kau pergi
Pasti kaukan melihat
Rimbunan pepohon ganjaran
menantimu
Menaungi kebahagiaan abadi….
Karya : CHE JAMILAH
A.RAHMAN
SMKA Sheikh Abdul Malek K.T
2 Oktober 2013