Selamat Bertemu di Ruang Katarsis - Sumber Maklumat Bahasa Melayu dan Penulisan Kreatif

ILMU BUKAN TEMPAT BERGANTUNG, BERGANTUNGLAH KEPADA PEMBERI ILMU.

Sunday, 28 February 2021

PANDUAN MENULIS ANAKDOT

 PANDUAN MENULIS ANEKDOT

PENGENALAN

Anekdot bererti kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa). Kisah bererti cerita. Cerita yang dimahukan ialah cerita memberikan kesan dan membawakan perubahan, walaupun sebuah cerita yang biasa-biasa. 

Ringkas bererti padat, bermakna tidak perlu hendak terlalu memberikan penerangan terperinci mengenai cerita itu – tidak perlu latar masa, latar tempat, perwatakan. Yang penting ialah tema (persoalan pokok sesuatu cerita di mana persoalan ini boleh berdasarkan pengalaman, kejadian sebenar atau apa saja yang menjadi idea atau pemikiran seseorang). Ini bermakna tidak perlu hendak menjelaskan kepada pembaca. 

Tujuan anekdot itu sendiri untuk merangsang pembaca untuk membuat analisa dan mencari sendiri kefahaman mereka terhadap sesebuah cerita. Jangan risau pembaca tidak faham apa yang kita hendak sampaikan dalam cerita. Yakini kuasa cerita dan yakini daya fikir pembaca. Ini setiap pembaca akan menafsir sesebuah cerita mengikut perspektif mereka. 

Perincian akan menjadi unsur lewah dalam sesebuah anekdot, sedangkan anekdot perlu padat.  

Kata Kunci : Cerita, ringkas, lucu.


Contoh Anekdot 

RAKAN sekerja mendapat satu mesej yang mengandungi satu singkatan perkataan. 

“Akak, apa maksud 'mrg'?" Dia bertanya kepadaku yang baru hendak menarik kerusi untuk duduk.

Aku pun pertama kali mendengarnya. Terus saja aku menjawab yang aku tidak tahu. Kemudian, aku mula membebel mengenai kecenderungan sesetengah orang menggunakan singkatan perkataan ketika menulis mesej sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham orang yang membaca.

"Dulu akak suka juga menggunakan singkatan, tetapi selepas satu insiden, akak mula membiasakan diri untuk menaip penuh setiap perkataan," beritahu aku sambil menghidupkan komputer.

"Insiden apa?" 

"Akak hantar mesej kat seseorang. Orang tu tersalah tafsir dan akibatnya, dia terlepas flight pergi ke Jepun," jawabku selamba.

Kecuaian yang membawa kerugian yang besar kerana tempat kerja terpaksa membeli tiket penerbangan yang baharu. Memang aku serik sangat selepas itu.

Nota : Jumlah perkataan adalah 126 patah perkataan, bermakna masih ada ruang untuk Penulis ini memperbaiki anekdot ini sehingga genap 150 patah perkataan, jika perlu. 

Dalam hal ini, Pembaca A mungkin akan mendapat manfaat tentang kepentingan ejaan penuh dalam suatu perkataan, manakala Pembaca B akan melihat kegagalan pengurusan yang boleh dielakkan dengan perancangan yang lebih sistematik. 

Perhatikan bahawa di mana latar tempat dan latar masa tidak dinyatakan, tetapi pembaca yang meneliti sudah dapat menduga bahawa latar tempat dan latar masa adalah di sebuah pejabat dan waktu pagi. Keadaan di pejabat itu atau itu pejabat apa tidak dinyatakan kerana maklumat ini tidak membantu kepada tema cerita iaitu kepentingan untuk menggunakan bahasa dengan baik. Pembaca juga akan mengetahui yang Aku dalam anekdot ini seorang kaki leter dan kuat membebel.

Sebagai penulis, kita menulis dan bercerita. Biarkan pembaca membuat tugas membaca.

Wednesday, 27 November 2013

SEBUAH SAJAK UNTUK PNGETUA YANG AKAN BERSARA PADA 28.11.2013.
SAJAK INI TELAH DIDEKLAMASIKAN DI MAJLIS JASAMU DIKENANG PADA 29 OKTOBER YANG LALU.




TERUS MELANGKAH……..UMI

Lewat tahun dilamar noktah kerjaya
Pintu khidmat itu pun tertutup
Berdentum bunyinya
Teras kukuh di bangunan bertingkat tempatmu
kian menjauh pergi

Namun
Di bawah awan kesedaran
Di bawah pohon keikhlasan
Kau masih teguh menggenggam agenda
Kau masih sedia menggerak aspirasi
Dengan caramu……membina kualiti tak minta dipuji

Kerana tugas kita tak pernah selesai
Etika profesion tiada kata pengakhiran
Seiring transformasi melangkah era teknologi
Bibit bibit itu mesti disuntik resa kreativiti
Agar inovasi tercipta  melanglang serata buana

Lalu
Mengisi sunyi di pagi nyaman mu, di petang meremang
Kaudekatilah  benih-benih yang bertebaran
sambil utuh menggalas cangkul pengalaman  berseni  bicara
Di batas-batas ruang  rekreasi
Kau taburilah  benih-benih itu dengan  tanih  pengetahuan
Kau gemburlah  dengan tingkat kefahaman
Kau sirami  iktiqad keyakinan

Lalu benih-benih itu akan bercambah
Kau adun lagi dengan baja-baja fikiran
Yang mencanai minda berlapik dua bahasa
Kejayaan takkan datang melayang di pundak
Terbilang itu hitungan kesabaran
Pada senja menutup tiraimu
Kan tercipta  pohon-pohon yang berbeza warna
Kukuh  akarnya  subur dahannya merendang  sejahtera
Lebat buahnya untuk dinikmati bersama
Segar bugar di sekitar halaman
Dan melata hingga ke seantero mandala
Sedia melangkah ke era baru

Senjamu semakin labuh
Kaukan  tersenyum bahagia tak bias terhitung nilainya
Pohon-pohon teguh berbuah ranum
Pewaris khidmat  
Penyambung matlamat di khalayak sejagat

Umi………
Dan nantinya
Jika kau pergi
Pasti kaukan  melihat
Rimbunan pepohon ganjaran menantimu
Menaungi kebahagiaan abadi….


Karya          :  CHE JAMILAH A.RAHMAN
               SMKA Sheikh Abdul Malek K.T
             2 Oktober 2013
   

Wednesday, 9 May 2012

Kursus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Puisi Traditional

Hari ini saya jadi fasilitator kursus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Puisi Tradisional. Kursus berlangsung selama tiga hari iaitu 8-10 Mei 2012.  Saya kena slot strategi pengajaran dan pembelajaran pantun. Hari ini pukul 8.00 -12.30,  saya jadi fasi bersama-sama Cg. Harun(GC) dari SMKA Tok Jiring.  Slot petang pula dikendalikan oleh Pn. Norzaini dari IPG Kampus Dato Razali....

Di bawah ini saya sertakan power point persembahan untuk slot yang saya telah dikendalikan oleh saya tadi.... semoga  boleh dimanfaatkan bersama.....

 




Thursday, 17 November 2011

HASIL KARYA SAYA

NOVEL-NOVEL



BUKU CERITA KANAK-KANAK BERGAMBAR





ANTOLOGI CERPEN / SAJAK BERSAMA

( Akan dimuat naik kemudian )

PENGALAMAN MENULIS




HASIL KARYA:




















 



                                              
1.  Antologi Puisi Bersama “Wilayah Permata
2.  Antologi Puisi Bersama Tukang Cahaya
3.  Antologi Cerpen Bersama Suara Laut
4.  Antologi  Puisi Bersama Rumah Muafakat
5.  Novel -  Dan Ombak Tiba di Pantai ( ‘K’ Pub.)
                -  Antara ( ‘K’ Publishing)
                -  Hujung Jurang  ( DBP 
                -  Fikri   ( DBP )  
6.  Cerita Kanak-Kanak   -  Saksi Yang Bisu  ( DBP )
              -  Belang Yang Tamak (DBP)
Pernah menang tempat ketiga pertandingan menulis rencana tempat bersejarah negeri Terengganu.
Saguhati pertandingan menulis puisi perpaduan peringkat kebangsaan tahun 2001
--- Menulis Bersama Kompilasi Pengalaman Guru –Teacher Lore-    Berburu Di Padang Datar -PSPN TRG.
 PERSATUAN  :  - AJK Persatuan Sasterawan      Terengganu  (PELITA)
                                - Setiausaha Sekretariat Gabungan Penulis Muda GAPENA (2003)

Thursday, 22 September 2011

Himpunan Pantun

Pantun Perpisahan






PANTUN BERJAUHAN

Kerat buluh  panjang selengan,
Mari jolok buah bidara;
Pemanis kata selamat datang,
Salam bersambut pembuka bicara.

Dari Jerung ke Pulau Rusa,
Singgah sebentar di Merbau Patah;
Mari  berpantun mengubat rasa,
Merawat luka hati yang patah.

Pergi berakit ke Kuala Berang,
hendak membeli jagung sepikul;
bertapa berat orang memandang,
berat lagi bahu memikul.

Puyuh mengeram di tepi hutan,
Penyu  mengeram di Pulau Sekati;
Orang karam di tengah lautan,
Saya karam di dalam hati.

Menjual saji di pekan Marang,
buat menutup si anak ikan;
Hati tersiksa di rantau orang,
Kerana azam  hamba kuatkan.

Pergi ke Dungun membuat dangau,                
dangau rumbia di tepi rimba;
berapa tinggi terbang bangau,
di tasik ketengah kembali jua.

Anak nelayan main gelombang,
Nampak dari Bukit Sawa;
Tuan umpama laksamana terbilang,
Sentiasa hidup di dalam jiwa.

Mari mendaki di Bukit Puteri,
Jangan diusik sarang tempua;
Walau jauh hamba pergi,
Kepada tuan terkenang jua.

Rumah api genta pusaka,
Nampak dari Tanjung Mengabang;
Kalau kering air di kuala,
Mungkin hamba lupakan tuan.

Bunga cina buat jambangan,
Melur kembang di tapak tangan;
Hamba jauh di kota larangan,
Berpisah  di mata di hati jangan.

Purnama penuh terbit petang,
Bintang kejora terbit pagi;
Jika ada ketentuan tuhan,
Semoga kita bertemu lagi.

CHE JAMILAH A.R
HILIRAN

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka